TAK PUAS BEREBUT KUASA, PAN KINI BEREBUT HARTA!!!

Heh! Gila Kuasa, Gila Harta. Semuanya ada dalam parti Ternakan DAPigs ni. Nampak gayanya, mereka lebih mendahagakan ghanimah dari nak memperjuangkan kebajikan rakyat.

Jika sebelum ini, isu mengenai Wisma Tok Guru menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat yang menyaksikan perebutan sengit diantara puak PAN dan PAS ke atas hartanah tersebut.

Tapi rupanya, ada lagi harta pusaka PAS yang menjadi bahan rebutan yang didambakan oleh puak PAN ni. Cuma kali ini, perebutan harta peninggalan itu berlaku di Kuala Lumpur.

Bangunan yang dipersoalkan itu pernah digunakan oleh PAS Kawasan Batu, tetapi tindakan itu kini dipersoalkan selepas beberapa pemimpinnya bertindak keluar parti dan menyertai PAN.

Empat orang anggota PAN dikatakan telah berjaya menolak permohonan yang dibuat oleh PAS dan Yang DiPertua Kawasan, Azhar Yahya, sebagai plaintif dalam pertikaian undang-undang.

Menurut keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah memutuskan bahawa Md Mansor Ali, sebagai plaintif, adalah pemegang amanah dan pemilik kepada harta tersebut.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan bahawa Azhar dan PAS tidak mempunyai lokus standi dalam saman itu dan diperintahkan membayar kos RM3,000 kepada keempat - empat defendan.

Dari satu sudut, jelas dapat dilihat bahawa kini perebutan harta diantara PAS dan PAN itu sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan. Mungkin lepas ini, banyak lagi isu yang sama bakal timbul.

Namun apa yang pasti, PAN yang selama hari ini berbangga dengan penubuhan partinya seolah - olah dilihat tidak bermaruah apabila sanggup merampas harta yang sebelum ini milik PAS.

IRONIKnya, diatas pentas ceramah Politik, bukan main lagi sibuk puak PAN ni mendabik dada mendakwa bahawa mereka mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri walaupun sudah meninggalkan PAS. Tapi tiba bab harta, sibuk pulak diorang nak berebut dengan PAS!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :