Jangan ‘senarai hitam’ artis kritik kerajaan, kata Zunar

Kartunis politik itu berkata, semua artis mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dan masalah rakyat biasa.
zunar-sheilaGEORGE TOWN: Kartunis politik, Zunar mempertahankan penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid yang mengeluh mengenai keadaan ekonomi negara, dengan menggesa kerajaan tidak “menyenarai hitamkan” artis yang mengkritik mereka secara terbuka.
Katanya, beliau bimbang Sheila mungkin disenarai hitam atau dihalang membuat persembahan secara terbuka.
Beliau berkata, istilah senarai hitam digunakan artis apabila kontrak mereka tiba-tiba ditamatkan atau dilarang membuat persembahan di stesen televisyen, radio atau secara terbuka.
“Tolong jangan tekan penyanyi dan artis. Mereka hanya menyuarakan kebimbangan rakyat dan mereka bukan ahli pembangkang.
“Mereka bercakap mengenai apa yang rakyat biasa sudah fikirkan. Ini ialah isu kehidupan harian.
“Kerajaan perlu menghormati hak artis untuk menyuarakan pendapat mereka. Jangan kekang pendapat mereka dan senarai hitam mereka,” katanya pada sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar hari ini.
Semalam, Sheila mengeluh mengenai kos sara hidup tinggi dan nilai ringgit lemah di Twitternya.
“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati.
“Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.
“Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” demikian tulis penyanyi yang terkenal dengan lagu “Antara Anyir Dan Jakarta”, “Lagenda” serta “Sinaran”.
Selain Sheila, pelakon Fathia Latiff turut mempersoalkan mengapa hanya sekarang siasatan dijalankan ke atas kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara pada 1990-an.
Pengacara televisyen terkenal, Aznil Nawawi antara lain mempersoalkan perdana menteri mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta ringgit lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :