Amanah kena buli, sembang Umno Johor

Umno berkata Amanah tidak mampu menggantikan PAS untuk menarik sokongan Melayu kepada pembangkang.
Anuar-Manap-amanah-rakyatUmno Johor menyifatkan Amanah dipinggirkan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH), selepas parti itu diberikan jumlah kerusi paling rendah berbanding 3 parti lain dalam gabungan itu.
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap berkata Amanah senang “dibuli” sekutu sendiri kerana gabungan itu menyedari parti serpihan PAS itu tidak mampu menarik sokongan undi Melayu seperti diharapkan.
“Ini menunjukkan Amanah sebagai sebuah parti yang paling tidak dominan dalam pakatan pembangkang dan ternyata pemimpin yang ada di kalangan mereka tidak boleh mempengaruhi keputusan PH.
“Ternyata Amanah bukanlah seperti PAS, yang boleh menarik undi pengundi Melayu seperti yang diharapkan,” katanya kepada FMT.
Baru-baru ini, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan kecewa kerana permintaan parti itu untuk bertanding 5 kerusi Parlimen di negeri itu ditolak.
Di Johor, Amanah diberikan 2 kerusi iaitu Parit Sulong dan Pulai.
Ia merupakan antara 27 kerusi yang dikhaskan kepada Amanah.
PH sebelum ini mengumumkan agihan kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia sudah selesai di kalangan 4 parti, Selain 27 untuk Amanah, PPBM akan bertanding di 52 kerusi, PKR di 51 kerusi manakala DAP di 35 kerusi.
Ahad lalu, ketika berucap meluahkan penghargaannya kepada Amanah, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan kerusi berjaya disebabkan pengorbanan Amanah.
Aminolhuda berkata seolah-olah hanya Amanah yang sanggup berkorban untuk gabungan itu tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri.
“Kita antara yang ke depan membentuk PH menggantikan Pakatan Rakyat. Kita juga menjadi tunggak PH di Johor, bahkan isytihar Johor negeri barisan depan Amanah,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :