Halaluna Wa Haramukum - Halal Bagi Kami Tetapi Haram Bagi Kamu?

Oleh Faeez Azahar 


 Yang boleh dipertikai status kehalalan gajinya ialah kelompok wakil rakyat 'pasu bunga' dan kaki ponteng. Parlimen sebulan, datang hanya sehari sahaja. Tu pun beberapa jam je. 

Walaupun bertaraf agamawan ulung yang tahu hukum sebagai individu yang diberi tanggungjawab.

Sedangkan semua tahu, tugas wakil rakyat ialah membawa isu masyarakat dan membantu menggubal dasar negara. Dan persidangan bukanlah sepanjang masa sebaliknya hanya beberapa tempoh yang singkat. Itu pun sukar untuk membahagi masa. Lebih mementingkan perkara yang bukanlah lebih aula.

 Mahfuz dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang sangat berperanan di dalam parlimen. Membawa pelbagai isu masyarakat disamping sentiasa berusaha mengambil peluang membasahkan apa jua rang undang-undang. Itulah Mahfuz sejak dari awal lagi beliau menjejakkan diri di dalam parlimen.

 Beliau sentiasa hadam terhadap apa jua isu terutama isu yang dibawa olehnya. Biarpun kita tahu latar belakang pendidikannya, namun beliau sentiasa study isu-isu dengan penuh fakta.

 Selepas konflik di dalam Pas, beliau hanya berada di posisi belakang tempat duduk ahli parlimen. Had ucapan sebagai wakil parti pun sangat terhad. Namun beliau tetap memainkan peranannya tanpa sekelumit kesan. Itulah Mahfuz Omar.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :