Ke mana hilangnya Muhyiddin Yassin? Kenapa nama dia tidak banyak disebut? Dan dimana kedudukan sebenar dia pada ketika ini? Itu diantara persoalan yang masih menjadi tanda tanya.
Bagi sesetengah pihak, mereka menganggap Muhyiddin Yassin sudah tidak wujud dalam arus Politik semasa. Mereka mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah tidak ada.
Sehingga tahap, ada juga yang mendakwa bahawa puak Pakatan Haprak tu telah berjaya mentalkinkan karier Politik Muhyiddin Yassin dengan menyejuk-bekukan dia secara terbuka.
Jika sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu sendiri pernah membuat anggapan bahawa Muhyiddin Yassin seorang yang lemah dan tidak mempunyai integriti serta karisma sebagai pemimpin.
Sungguhpun Muhyiddin kini sudah menjadi Presiden PPBM, tetapi kedudukan dia hanya sebagai seorang 'Pemain Simpanan' yang selalu berselindung disebalik Tun Mahathir untuk berjaya.
Maka sebab itu bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat sebarang tempat dikalangan puak Pakatan Haprak. Malah nama dia juga tidak dicalonkan sebagai Perdana Menteri Sementara.
Sebaliknya, nama Tun Mahathir dan Ketua Umum PKR kekal menjadi sebutan dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Malah nama Mukhriz Mahathir dan Azmin juga turut mendapat perhatian.
Soalnya, kenapa nama Muhyiddin Yassin tidak mendapat sambutan dikalangan puak Pakatan Haprak itu? Adakah dia terlalu bangsat untuk menjadi calon Perdana Menteri mereka?
Bahkan bekas Perdana Menteri itu hanya dilihat seperti 'Sampah' dikalangan puak - puak Pakatan Haprak dan tidak memberi sebarang sumbangan yang signifikan kepada gabungan tersebut.
Adakah semua itu berbaloi buat Muhyiddin Yassin yang sudah sekian lama berkecimpung didalam arus Politik di Malaysia? Adakah apa yang dilakukan ketika ini memenuhi kehendaknya? Adakah dia layak menjadi 'Sampah' dikalangan puak Pakatan Haprak tu???