Kadar tol Malaysia masih rendah berbanding negara luar - Dr M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kadar tol lebuh raya di Malaysia masih murah, berbanding negara lain.
 
Ujarnya yang merupakan Pengerusi PPBM, pengguna dikenakan bayaran bagi membolehkan lebuh raya diselenggara.
 
Dr Mahathir juga memberi contoh bayaran tol di Jambatan Pulau Pinang hanya RM7 dua hala, dan tidak pernah dinaikkan sejak 1980-an, manakala bayaran melalui sebuah jambatan yang hampir sama di Jepun mencecah RM270 sehala.
 
"Jambatan Pulau Pinang kadar tol RM7 sejak ia dibina pada tahun 1980-an, tak naik sekali pun.
 
"Dan yang baru ini juga RM7. Saya berpendapat walau ada yang mengeluh, agak terlalu tinggi 'tol rate' ini, tetapi sebenarnya ini pergi balik kita bayar RM7, sedangkan jambatan lebih kurang sama di Jepun 'tol rate' lebih RM500.
 
"Fikir-fikirlah sama ada kita (kerajaan) terlalu tamak mengenakan 'tol rate' terlalu tinggi? Buatlah perbandingan dengan mana-mana negara sekalipun," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam Program Policy Talk: Kos Sara Hidup, Jalan Penyelesaian? yang disiarkan menerusi Facebook Live beliau hari ini.
 
Selain isu berkenaan, Dr Mahathir juga turut menyentuh mengenai kenaikan kos sara hidup, pendekatan peningkatan gaji yang didakwa tidak dapat menangani kenaikan kos hidup, hutang negara dan isu pekerja asing.
 
 
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :