Amanah belum diyakini pengaruhnya, kata penganalisis

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah mendapat kerusi paling rendah berbanding parti komponen Pakatan Harapan (PH) lain kerana tidak diyakini pengaruhnya, kata penganalisis politik. 
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, ini berdasarkan rekod kekalahan Amanah dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pada Jun 2016.
 
"Amanah setakat ini dia belum menunjukkan lagi pengaruh dikalangan rakyat, masyarakat dan penyokong pakatan pembangkang. Dalam dua kali pilihan raya pun dan pilhan raya kecil pun dia kalah. Saya fikir dari segi pengaruh kelihantannya Amanah ini hanya boleh tarik bekas penyokong PAS sahaja.
 
"Sebab itu kita lihat Amanah diperuntukkan kerusi yang kecil itu menunjukkan bahawa kedudukan di dalam PH pun tidak lah sebesar mana. Menunjukkan pengaruh dia (Amanah) di dalam PH pun tidak sebesar mana berbanding dengan anggota PH barangkali tidak diyakini sepenuhnya boleh memenangi banyak kerusi. Itu sebab dia tidak terikat banyak kerusi," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Konvensyen gagasan pembangkang itu yang berlangsung pada Ahad menyaksikan Amanah hanya diperuntukkan 27 kerusi, jumlah yang paling sedikit berbanding parti anggota yang lain. 
 
Antaranya tiga di Kedah, Pulau Pinang (1), Perak (4), Selangor (5), Melaka (1), Johor (2), Negeri Sembilan (2), Pahang (1), Terengganu (3) dan Kelantan (5).
 
Sementara PPBM memperoleh kerusi terbanyak 52 kerusi, PKR (51) dan DAP 37 kerusi.
 
Susulan itu, rata-rata pemimpin PAS menyifatkan agihan itu sebagai ‘memakan diri sendiri’. 
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki dalam reaksinya pula berkata PH cuba mensabotaj PAS apabila meletakkan Amanah di 27 kubu kuat partinya, meskipun gagasan itu sedar parti serpihan PAS itu tidak mampu untuk menang pada PRU14 nanti. 
 
Mengulas perkara itu, Mustafa berkata Amanah yang bertanding di kubu-kubu kuat PAS, mempunyai peluang yang tipis selain menggalas tugas sukar untuk memenangi kerusi tersebut. 
 
"Kalau dia lawan di kubu kuat PAS bermakna dia perlu merebut pengaruh dikalangan ahli PAS sendiri dan yang keduanya di kalangan penyokong yang mungkin menyokong Barisan Nasional (BN) atau atas pagar. Jadi setakat kita lihat pengaruh Amanah di kubu kuat PAS masih belum kuat. Hanya pemimpinnya sahaja yang keluar dari PAS tetapi tidak diikuti ahli PAS sendiri.
 
"Saya tidak fikir Amanah ini boleh menarik undi Umno. Kalau pun dia tarik penyokong PAS, yang akan rugi PAS sendiri. Amanah tidak boleh menarik undi yang begitu besar sebab di kawasan kubu kuat PAS, dia (PAS) punya pengaruh yang kuat dan besar," ujarnya.
 
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :