Perdana Menteri PAS : Pemimpin Pas terpaksa berdolak dalih ....


Pas terpaksa berdolak dalih bila Tun Mahathir tanya siapakah calon perdana menteri mereka jika Pas memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Macam-macamlah songelnya bila tak dapat jawab soalan yang semudah itu. Tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin Pas yang mampu memberi jawapan yang tuntas kepada soalan cepu emas Mahathir itu.

1) Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihak pembangkang perlu memberi tumpuan menyelesaikan kemelut dalamannya.

2)Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, PAS akan membuat ketetapan apabila tiba waktu yang sepatutnya. "Kepimpinan itu milik Allah, Dia (Allah) yang akan mendatangkan sesiapa yang dikehendaki-Nya," katanya.

3)Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti Islam itu tidak menamakan calon perdana menteri kerana menganggap ia terlalu awal untuk berbuat demikian.

 "Sekarang terlalu awal (untuk umum calon perdana menteri) sebab pilihan raya pun tak berlangsung lagi. Sebab itu kita tak terlalu nak menamakan calon perdana menteri.

4) Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata :
 “Kami tak perlu isytihar (calon perdana menteri). Kita nak menang dulu. Lawan pun belum lagi.  
 “Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sibuk mengenai PAS buat apa. Apa sibuk masalah PAS sangat. Bagilah menang dulu. 
 “Rakyat nak dengar tawaran PAS bukan nak tahu siapa calon perdana menteri,” katanya kepada FMT.
Deris hoi Deris, selama ini Pas duk ulang perkara yang sama iaitu Hudud dan RUU355 sebagai tawaran. Selain itu rakyat juga mahu tahu tawaran Pas siapa yang akan dilantik jadi Perdana Menteri nanti.

Semua pemimpin Pas bungkam tidak dapat menjawab dengan tuntas persoalan tersebut walaupun ianya adalah sangat mudah. Ini adalah kerana mereka sendiri menyedari bahawa Hj Hadi memang tidak ada kelayakan untuk jadi PM.


Ini adalah kerana ketika Hj Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu beliau dilaporkan telah melakukan pengkhianatan yang telah merugikan duit rakyat Trengganu kerana terpaksa membayar saman RM1 bilion.

 Perkara tersebut didedahkan oleh Adun Kuala Berang YM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang sewaktu membahas bajet Terengganu 2018 pada petang 13 Dis lalu.

 Syarikat konsesi balak iaitu Syarikat Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) telah menyaman kerajaan negeri kerana menamatkan perjanjian penebangan balak di Tasik Kenyir yang ditarik balik ketika Pas memerintah Terengganu.

Seperkara lagi, pemimpin Pas mungkin tidak mahu pengkhianatan yang pernah Hj Hadi lakukan sewaktu PRU 13 dulu berulang lagi.

Hj Hadi telah mempelawa orang Umno, Tengku Razaleigh Hamzah untuk jadi PM!


 Setia Usaha parti Keadilan, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa Hj Hadi sendiri pernah menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 dulu.

 Dakwaan Saifuddin ini turut diakui sendiri oleh bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa Tengku Razaleigh Hamzah pernah menerima tawaran PAS sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya. ~ sumber

 Pas patut berasa malu dengan Pakatan Harapan yang walaupun terdiri dari 4 gabungan parti tetapi telah mencapai kata sepakat melantik Tun Mahathir sebagai calon PM.

Namun sebaliknya Pas walaupun dengan hanya gabungan dua parti iaitu bersama IKATAN (PIGS) tetapi gagal untuk mencapai sebarang konsensus untuk menamakan PM mereka.Malulah hoi!!!

Selain Hj Hadi yang kuat ponteng dan kuarang sehat akibat masih menerima rawatan susulan pembedahan jantung, Pas cuma ada pemimpin pelapis seperti Mokhtar Senik, Nik Abduh, Nasruddin Hasan at-Tantawi.

Mungkin Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin itu pilihan terbaik untuk Pas lantik jadi PM buat masa kini....??? Mengapa tidak???

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :