Unit CSI Polis Kuala Lumpur turut mengambil sampel DNA daripada kerusi yang dicampak itu serta 5 saksi yang dirakam percakapan untuk dibuat analisa.
KUALA LUMPUR: Polis merakam percakapan 31 individu bagi membantu siasatan kejadian seorang remaja lelaki maut selepas dihempap sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, Isnin lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya menemubual semua mereka yang terdiri daripada saksi serta penghuni di PPR setinggi 21 tingkat itu.
“Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Polis Kuala Lumpur turut mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada kerusi yang dicampak itu serta 5 saksi yang dirakam percakapan untuk dibuat analisa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan.
“Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini laporan bedah siasat belum diperoleh.
Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Firdaus Shahril di talian 012-3388164 atau 03-90516222 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields, DSP Tonny Lunggan di talian 014-6225262.
Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam itu, mangsa S Sathiswaran, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Related Posts :
Keputusan mahkamah yang menghakis kepercayaan orang ramaiMALAYSIA DATELINE
Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun), Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau agak terkejut membaca berita meng… Read More...
Moderator tanya pasal GST tapi Hj Hadi ke laut candat sotong...???
Cuba korang dengar molek. Moderator tanya pasal GST tapi Hj Hadi gi ke laut candat sotong...???
Moderator : Sambil Dato Seri menye… Read More...
Pemimpin Pakatan Harapan Punca Masalah Ekonomi Negara – Presiden PAS March 16, 2018 AIDCNewsLeave a comment MARANG – Pas mendakwa pemimpin Pakatan Harapan yang pernah memerintah negara sejak tahun 80-an sebenarnya menjadi punca kepada masalah ekonomi negara hari ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kesukaran berkaitan ekonomi ditanggung kerajaan dan rakyat berpunca daripada salah tadbir urus pemimpin terbabit semasa mereka berada dalam kerajaan. “Masalah ekonomi dihadapi negara sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an. “Merekalah mewujudkan masalah bahkan kepada saya Umno yang memikul masalah, masalah dibuat oleh mereka ini dahulu,” kata Ahli Parlimen Marang itu di facebooknya malam tadi. Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, dengan sebab itu, Pas memperkenalkan konsep taawun iaitu bertolong menolong dalam perkara baik dan tidak tolong menolong dalam perkara kemungkaran. “Pas mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan bukan kerana kita tamakkan kuasa, bahkan kita terbuka sekiranya kerajaan menerima pandangan-pandangan kita. Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan. “Kalau kita tidak jadi kerajaan, kita menjadi penasihat kepada kerajaan supaya kerajaan membuat pembetulan dari kesilapan-kesilapan dilakukan pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan pada hari ini,” katanya – SH
AIDCNews
MARANG – Pas mendakwa pemimpin Pakatan Harapan yang pernah memerintah negara sejak tahun 80-an sebenarnya menjadi … Read More...
PH timbang letak 1% calon OKU, kata Dr M
Khairil Ashraf
Calon perdana menteri Pakatan Harapan merasakan golongan orang kurang upaya yang fasih berucap dan mempunyai k… Read More...
Jika menang di Ayer Hitam, PH akan tawan Putrajaya dan Nusajaya, kata Lim Kit SiangAKMAL HAZIQ
Lim Kit Siang
Jika Pakatan Harapan (PH) boleh menang di kerusi Parlimen Ayer Hitam, Johor, ia mempunyai dua implikasi p… Read More...