AMK dedah rakaman suara manipulasi undi


Afif Bahardin

KEADILAN DAILY


Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mendedahkan rakaman suara yang mengandungi pengakuan manipulasi undi awal polis di Permatang Pauh yang disandang Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata rakaman itu dikirimkan kepadanya dan
dimaklumkan bahawa suara dalam rakaman itu milik seorang pemimpin parti politik.

Transkrip rakaman audio tersebut adalah seperti berikut:

“Semua gerak kerja sulit ini tuan-tuan yang dibuat di peringkat-peringkat tertinggi, yang ramai ketua bahagian pun tak tau, ramai ketua pun tak tau. Saya pun tak tau tuan-tuan, saya bagi tahu. Tuan-tuan rahsia ini, yang kita mendapat pengundi-pengundi bonus, kita jangan cerita kat siapa pun.

“Kita mendapat pengundi-pengundi bonus, 800 lebih pengundi polis daripada sebelah Tanjung, yang sebelah dekat Datuk Keramat itu, yang sebelah Penang Road itu yang dipindahkan secara sulit ke Permatang Pauh.

“Mereka bertugas di IPD (ibu pejabat polis daerah), mereka bertugas di IPK (ibu pejabat kontinjen), mereka akan mengundi di Permatang Pauh. Kita strategi benda-benda yang diatur oleh benda-benda teknikal ni kadang-kadang kita tak boleh cerita ke semua orang.

“Tuan-tuan sebagai ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita, setiausaha cawangan yang terpilih ini. Saya bagi tahu ini sebab saya mahu menanam keyakinan dalam diri.”

Dr Afif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis memberi penjelasan segera mengenai rakaman tersebut.

“Kami juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang penipuan seperti ini daripada terus dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :