DAPigs nampak gayanya cuba nak menghalang hak kebebasan demokrasi apabila mendakwa PSM hanya mengacau peluang pembangkang merampas kerusi Parlimen Cameron Highland dari Barisan Nasional (BN).
Perkembangan ini menyusuli tuduhan Nga Kor Ming yang mendakwa PSM akan menjadi Pengacau jika parti itu meletakkan calon di 1 kerusi Parlimen dan 5 kerusi DUN milik DAP di Perak.
Alasan Nga Kor Ming, PSM hanya akan memecahkan undi pembangkang dalam pertandingan 3 penjuru yang melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan.
Bekas calon DAPigs, Manogaran juga turut melahirkan rasa khuatir sekiranya hasrat aktivis PSM, B Suresh untuk bertanding kerusi Cameron Highlands dan kerusi DUN Jelai, Pahang diteruskan.
“PSM tidak bertanding di Cameron Highlands atau Jelai pada pilihan raya umum 2013 (PRU13). Parti itu enggan menyokong saya sehinggalah hari-hari terakhir apabila mereka menukar pendirian dan mendakwa menyokong Pakatan Rakyat,” katanya.
“Saya tewas 462 undi tetapi tiada analisis diadakan sama ada saya akan menang jika PSM benar-benar menyokong saya.”
Sebagai rekod, DAPigs sebelum ini pernah melabelkan PSM Cameron Highland sebagai "Tin Kosong" kerana parti itu didakwa hanya pandai bercakap tetapi tidak menjalankan kerja.
Manogaran menang kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum 2008 tetapi partinya memindahkan beliau ke Cameron Highlands pada PRU13.
Pada 2013, Manogaran dimalukan oleh calon dari Barisan Nasional, Datuk Seri G Palanivel, yang juga merupakan bekas Presiden MIC, dengan perbezaan majoriti sebanyak 462 undi sahaja.
Sebaliknya, Manogaran hanya memberikan alasan kononnya kerusi itu mampu dimenanginya jika DAPigs lebih awal memaklumkan keputusan untuk memindahkan dia ke Cameron Highlands.