Tindakan Ke Atas Fahmi Reza Adalah Melampau



Sangat memalukan dan melampau kerana hanya memuat naik karikatur satira berupa badut yang dikatakan menyerupainya ke Facebook, tindakan telah diambil atas dakwaan ada niat menyakitkan hati orang lain.

Di Amerika, ada rakyatnya yang bertindak serupa terhadap Presiden mereka, sama ada Barack Obama atau Donald Trump tetapi tidaklah pernah diambil apa-apa tindakan...

Mahkamah Sesyen Ipoh pada 20 Feb 2018 lalu telah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 ke atas seorang pereka grafik, Fahmi Reza.

Kenapa PM Najib tidak berani bertindak ke atas Dr Mahathir Mohahamad yang pada setiap hari setiap malam semasa berceramah dipentas parti Bersatu dan Pakatan Harapan, akan mengucap perkataan pencuri, penyamun, penyangak dan perompak terhadap Perdana Menteri Najib Razak. (sila klik di sini)

 Dr Mahathir mengulang-ulang perkataan-perkataan tersebut ... tetapi tidak ada pula laporan yang mengatakan PM Najib rasa malu atau sakit hati ....

 PM Najib tidak berasa sakit hati digelar pencuri, penyamun, penyangak dan perompak  jika tidak sudah tentu dia akan ambil tindakan ke atas Tun M...

Tetapi hanya kerana karikatur satira berupa badut yang dikatakan menyerupai dirinya mudah pula dia sakit hati...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :