NURUL IZZAH BERCAKAP KALAH ANAK KUTTY!!!

Sekejap kata nak kekal di Lembah Pantai. Sekejap kata nak pindah ke Permatang Pauh. Sekarang Si Nurul Izzah tu memberikan bayangan kononnya dia bersedia untuk berpindah ke Johor pulak.

Dah mengalahkan Si Anak Kutty pulak bila Si Nurul Izzah ni bukak mulut. Cakap tak serupa bikin. Pendirian tak pernah tetap. Perangai sebijik macam orang MUNAFIK yang suka bercakap berbelit - belit.

Kali ni, Si Nurul Izzah tu memberikan alasan, dia tiada sebarang masalah diletakkan di mana-mana kerusi kerana sebagai pejuang parti, beliau akur kehendak dan keputusan kepimpinan.
“Begitulah lumrah hidup berjuang dalam PKR dan saya harus yakin, dan usaha sedaya mungkin demi berjuang mempertahankan agenda ekonomi rakyat. PRU adalah penentu hala tuju masa depan ekonomi rakyat. Jangan ambil mudah pilihan rakyat,” katanya, semalam.
Si Nurul Izzah tu buat kenyataan demikian sebagai sindiran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mencadangkan dia bertanding kerusi Parlimen Johor Bahru.

Kerusi itu pada ketika ini disandang oleh Tan Sri Shahrir Samad selama tujuh penggal sejak tahun 1978. Pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, Tan Sri Shahrir menang dengan majoriti 10,495.

Nurul Izzah, yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR, sebelum ini disifatkan sebagai ‘Pembunuh Raksasa’ apabila menewaskan Tan Sri Shahrizat Jalil yang ketika itu, menjadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada PRU12.

Pada PRU13 pula, Nurul Izzah menewaskan Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan kaedah menabur fitnah.

Selain Johor Bahru, dalam laporan sebuah portal berita, nama Nurul Izzah juga disebut menggantikan Mohd Rafizi Ramli yang hilang kelayakan bertanding apabila dijatuhi penjara 30 bulan selepas didapati bersalah di bawah BAFIA.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :