Nak cuak pasal apa pulak budak hingusan ni? Orang nak buat perhimpunan pun dia nak halang jugak ke? Bukan ke dulu diorang juga yang beria - ia menggalakkan perhimpunan haram ni.
Tapi, bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak dia nak merayu dengan Polis suruh ambik tindakan ya. Pandai pulak dia cari alasan supaya pihak berkuasa halang perhimpunan tu.
Hanya semata - mata kerana perhimpunan tu tidak memberi keuntungan kepada dia, maka sebab itu dia beria - ia mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sebab yang nak buat perhimpunan tu melibatkan pendaftaran PPBM. Maka menggelupor la Si Budak Saddik ni meroyan dalam laman media menggesa Polis halang perhimpunan tersebut.
Alasan yang dia bagi kononnya penganjur tu adalah orang yang dikehendaki Polis kerana terlibat dalam kekecohan forum 'Nothing 2 Hide 2.0' yang dianjurkan sebelum ini oleh PPBM.
Si Budak Saddik tu kata, sehingga ke hari ini, laporan yang dibuat terhadap bekas ahli PPBM yang mencetuskan kekecohan itu tidak dimaklumkan dan Polis pun tidak mengambil tindakan.
“Tetapi kenapa sampai hari ini kita tidak dengar apa-apa maklumat berkaitan. Apa perkembangan terkini (kekecohan Nothing to Hide 2.0) mengenai isu itu,” katanya pada sidang media, semalam.
Itu yang kelakarnya dengan Si Budak Saddik ni. Dia nak mintak pihak Polis ambik tindakan menghalang perhimpunan yang dijangka bakal berlansung minggu depan didepan pejabat RoS tu.
Tapi dalam masa yang sama, dia pertikaikan juga tindakan pihak Polis yang didakwa seolah - olah tidak menjalankan tugas mereka untuk menahan bekas ahli PPBM yang buat kecoh tu.
Terdahulu, sekumpulan bekas ahli PPBM mengemukakan permohonan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman di hadapan RoS supaya agensi itu mengambil tindakan terhadap PPBM kerana didakwa melanggar perlembagaan parti tersebut!!!