AGENDA HUDUD TIADA DALAM MANIFESTO PAS

Sila Klik di sini
Simpati jugak.. depa buat pelancaran besar besaran Manifesto.. takda sapa teringin nak ulas.. sebab takda sapa pun percaya depa boleh perintah Malaysia.. cuma orang tanya mana Hudud ? Orang tanya pun depa marah.. 

 Bukan kah selama ni depa dok bergaduh dgn DAP..dok Kapirkan orang sana sini.. Sebab Hudud.

 Ingat lagi.. bila wartawan tanya Ds Nizar dan majlis Pakatan perak.. ada tak Hudud dalam dasar bersama Pakatan harapan.. Nizar jawab Takda.. Nizar tak jawab pun dia tolak Hudud.. 

 Jawapan Dr Khairuddin SU Pakatan Rakyat di muka depan Sinar itulah yg dijadikan Modal Ostad2 dan Ulama Jahat PAS menyerang Ds Nizar menolak Hudud.. Muka Depan tu lah jadi modal depa singkirkan Nizar dalam Pemilihan 2015.. 

 Dari muka depan Sinar itulah yg menjadi modal Razman Zakaria gunakan sebagai fitnah kepada Nizar menolak Hudud dan jadi khadam DAP, yg sebabkan Razman di Saman.. akhirnya kalah saman Fitnah di Mahkamah.. hanya disebabkan Pakatan Harapan jawab Hudud takda dalam agenda depa.. habis Pakatan Rakyat dan PAS berpecah.. 

 Hari ni bila kita tanya depa.. mana Hudud..depa marah..Duduk sorang2 pun takut nak letak agenda Hudud dan negara Islam jugak ker..? 

Dulu kata DAP jadi penghalang.. sebab DAP kononnya PAS terpaksa gugurkan agenda Negara Islam dan Hudud..sekarang sapa pulak halang ? 

 Kalau bagi alasan kita kena ikut keutamaan, bijak dalam Politik..itulah yg dilakukan Pemimpin yg ada dalam Pakatan Harapan selama ni.. jadi takda beza pun..itu yg hangpa tuduh kapir..

Tiba2 depa nak berlakon jadi bijak..dah terlambat.. Sebenarnya puak ni bukan nak hudud sangat pun..depa ni gila kuasa jer.. 

 Betul kata Sheikh Said Ramadhan Bhuti.. depa ni jadi kan Hukum Islam , Hukum Syariah sebagai alat untuk mencapai cita cita politik depa.. Jahat puak Khawarij ni.. :) ~ Ipoh Mali

Nota al-Husseyn :

Berikut antara intipati yang disiarkan oleh Sinar ~

IPOH – Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang dibentangkan kerajaan Pas di Kelantan, tidak akan dibangkitkan di Perak. 

Keputusan itu diambil PR Perak melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan. 

Pengerusi PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama. 

“Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan. 

“Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam. 

Mohammad Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :