Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata tindakan sepatutnya diambil terhadap Najmuddin bagi mengelakkan sistem negara rosak, susulan pembekuan akaun hampir RM1 juta di Australia.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata tindakan sepatutnya diambil terhadap Najmuddin bagi mengelakkan sistem negara rosak.
“Saya nak tanya menteri kenapa beliau tak digantung, beliau adalah seorang pegawai polis paling kanan di negara ini.
“Beliau ialah ketua JSJ, bukan itu sahaja, kita perlu tanya apakah tujuan atau kenapa ketua JSJ tidak menuntut (wang itu),” katanya di Dewan Rakyat.
Pada 2 Mac lalu, Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan polis Australia membekukan akaun bank Najmuddin dengan simpanan sebanyak A$320,000 (RM970,000).
Polis Australia mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Najmuddin yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.
Menurut laporan itu, kemasukan wang kurang daripada A$10,000 bermula seminggu selepas Najmuddin melawat Australia pada 2016.
Read More / Baca Lagi >>