Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pembayaran tunai kepada kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sempena sambutan ulang tahun ke-40 PNB di ibu pejabat syarikat itu di ibu negara hari ini, Najib menceritakan bagaimana beliau juga meluluskan kadar bonus yang tinggi untuk kakitangannya tahun lalu.

“Tetapi untuk menyambut 40 tahun, bukan senang, bukan selalu kita sambut 40 tahun, maka sempena ulangtahun ke 40 ini saya ingin mengumumkan saguhati istimewa sebanyak RM2,000 bagi setiap warga PNB,” katanya sambil disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari kira-kira 1,000 kakitangan PNB yang hadir.
Najib berkata pembayaran tunai itu akan dibayar pada bulan Mei dan secara kebetulan, ada juga penganalis politik yang menjangkakan pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada bulan Mei.