KERANA WANG, PAS LABEL AZMIN "LUPA DIRI"!!!

Seorang pemimpin tertinggi PAS menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, supaya mengembalikan segera peruntukan 13 wakil rakyatnya yang sehingga kini masih dibekukan. 

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad mengingatkan kembali bagaimana Azmin mendapat sokongan daripada ADUN parti itu sewaktu gerakan Langkah Kajang pada tahun 2014 yang menyaksikan beliau diangkat menjadi Menteri Besar.
"Kita pun tidak mahu wujud satu suasana yang tidak harmoni begitu. Saya merayu supaya pihak MB untuk berikan, kerana wang ini (rakyat) yang akan digunakan. 
"Bukankah kita dah bersetuju bahawasanya selepas krisis Langkah Kajang itu (bahawa) PAS boleh bersetuju (jika) MB bersedia untuk bersama-sama dalam kabinet kerajaan Selangor?" soalnya.
Langkah Kajang merujuk kepada percaturan politik PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada 2014, bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melantik Azmin sebagai Menteri Besar yang baru, berikutan kes mahkamah Anwar. Azmin dikatakan 'terhutang budi' terhadap PAS berhubung kedudukan yang disandangnya itu.

Tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR itu sewajarnya mempertimbangkan untuk mengembalikan semula peruntukan kepada wakil rakyat PAS sebelum Parlimen dibubarkan.
"Kita pun tidak mahu (wang itu), kerana wang yang diberi itu wang diundi (untuk rakyat). Wang yang diambil itu bukan secara terus dengan wakil rakyat untuk dibelanja sebarangan, tidak ada audit sebagainya. Ia untuk kepentingan rakyat. Saya rasa lebih baik (diberikan)," jelasnya.
Isu peruntukan dana terhadap 13 ADUN PAS masih belum diselesaikan apabila kesemua wakil rakyat parti itu belum mendapat sebarang dana meskipun sudah memasuki bulan ketiga (Mac) untuk 2018.

Selangor ditadbir Rejim Pakatanang dibentuk pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAPigs, sebelum dibubarkan pada 2015 berikutan wujud pertikaian diantara PAS dan DAPigs. Namun PKR terus bekerjasama dengan PAS dalam Rejim Pakatan di Selangor.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :