OSTAZAH ECAH NAK BERSARA???

Kejam dan zalim sungguh Kerajaan Barisan Nasional ni rupanya ya sehingga menyebabkan Si Ostazah Ecah ni mengalami berat badan yang melampau sampai terpaksa berehat seketika.

Sudah la Kerajaan BN ni dituduh menyekat periuk nasi Ostazah Ecah yang mendakwa Kerajaan BN menggalakkan maksiat dalam industri hiburan sehingga menyebabkan dia menang pertandingan Gegarvaganza.

Kali ini, kezaliman Kerajaan BN menyebabkan bekas aktivis dan calon PAS itu terpaksa berehat seketika dari menjalankan sebarang aktiviti berkaitan dengan kerjayanya pada ketika ini.

Katanya, Si Ostazah Ecah tu mahu berehat selepas menjalani pembedahan dibahagian perut ekoran berat badannya yang semakin meningkat sehingga menyebabkan dia sukar untuk berjalan.
IRONIKnya, selama hari ini, puak Pakatan Haprak tu sentiasa mengecam pihak Kerajaan kerana menzalimi rakyat ekoran kenaikkan kos sara hidup. Ternyata, gambaran yang cuba diberikan adalah tidak benar.

Jika Kerajaan BN kejam dan zalim, mana mungkin orang seperti Si Ostazah Ecah ni boleh naik berat badannya? Kalau Kerajaan BN ni zalim, patutnya Si Ostazah Ecah tu semakin bertambah kurus kering.

Tapi, itulah persepsi yang cuba digambarkan oleh puak Pakatan Haprak yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Mereka lebih selesa hidup dengan mengelirukan rakyat melalui tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :