
Rang undang-undang itu mentakrifkan berita ptidak benar sebagai "apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhan adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea" .
Hukuman sama juga boleh dikenakan ke atas mereka yang menyediakan bantuan kewangan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan penghasilan berita tidak benar itu.
Seksyen 6 rang undang-undang itu menyatakan bahawa menjadi kewajipan bagi mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan atau jagaan atau kawalannya apa-apa npenerbitan yang mengandung berita tidak benar untuk menghapuskan penerbitan itu dengan serta merta.