35 MINIT YANG TERLALU PANJANG DI ISTANA BUKIT SERENE

PINDAAN PERLEMBAGAAN UTK SELAMATAN RAKYAT DAN INSTITUSI RAJA
Laporan Akhbar Utusan Malaysia 11 Disember 1992


Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah merujuk kepada seorang yang lidah bercabang yang bermimpi untuk menghapuskan kuasa Sultan.
Baginda menegaskan  Negeri Johor tidak akan dapat melupakan seorang yang cuba melakukan apa sahaja termasuk mengharamkan Johor Military Force(JMF) demi untuk membolot kuasa  negara.
Walaupun baginda tidak menyebutkan nama individu ini tetapi saya tahu khususnya mengenai rancangan menghapuskan JMF adalah datang dari Perdana Menteri Dr.Mahathir tetapi  generasi baru tidak tahu tentang sejarah atau latar belakang yang mendorongkan  Dr.Mahathir  mengambil tindakan segera  bagi meminda perlembagaan pada 1992 yang bertujuan  membataskan kuasa raja dan mempekukuhkan sitem Raja Berperlembagaan demi keselamatan rakyat dan kemuliaan institusi itu.

Untuk sekian lama tujuan Mahathir meminda Perlembagaan pada tahun 1992 telah di dikelirukan dan terus dikelirukan  seolah-olah  Tun Mahathir adalah monster dan gila kuasa kerana melakukannya.

Sebenarnya sidang Dewan Rakyat dipanggil pada 10 Disember 1992 untuk meminda perlembagaan berikutan dengan peristiwa seorang jurulatih hoki Maktab Sultan Johor Abu Bakar Douglas Gomez dipukul oleh Yang Di-Pertuan Agung pada 30 November 1992

Beberapa hari selepas peristiwa itu Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba telah mengemukakan usul mengenai Raja Berperlembagaan di Dewan Rakyat bagi perbincangan terbuka untuk membuat ketetapan bagi membolean kerajaan mengambil tindakan untk menjamin peristiwa seumpama itu tidak akan berulang dimasa depan.

Kandungan penuh usul itu ialah :
" Bahawa Dewan yang bersidang hari ini amat sedih dan memandang serius atas insiden seorang rakya Malaysia, Douglas Gomez yang telah dicederakan oleh Istana Johor pada 30 November 1992 oleh DYMM Sultan Johor.

"Dan Bahawa Dewan ini memutuskan kejadian itu tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita serta hasrat undang-undang negara yang berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
" dan Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan segala tindakan yang perlu bagi menentukan insiden yang seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan".

 Dalam perbahasan mengenai usul inilah Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim telah mendedahkan mengenai Ketua Pemberita Utusan Melayu  Rozaid Abdul Rahman dan Ketua Pengarangnya Zainuddin Maidin telah dipanggil mengadap ke Istana Bukit Serene Johor Baharu kerana Utusan Malaysia menyiarkan berita yang menimbulkan kemurkaan baginda.

Saya tidak mahu bercerita  panjang mengenai  peristiwa pahit yang saya alami dengan   Rozaid Abdul Rahman(sekarang Pengarang Bersekutu The Star)ketika  mengadap baginda.Tetapi anda boleh membaca cerita panjang  mengenainya  dalam buku saya Memoir Wartawan Negara: Saya Bukan Menteri dalam Bab 9 bertajuk 35 Minit Yang Terlalu Panjang. Buku ini diterbitkan oleh UUM Press Universiti Utara Malaysia

Cukuplah untuk saya mengatakan kami merasa amat terhina sebagai manusia dan berada dalam keadaan yang amat cemas dalam pertemuan ini. Hadir bersama  ialah Ketua Polis Johor Dato Mansor Mohd Noor dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas Johor Encik Mokhtar.Walaupun kami kemudiannya diraikan makan tengah hari bersama baginda dan permaisuri dan keluarganya selepas itu tetapi saya sudah tidak berselera lagi dan mahu meninggalkan Istana secepat mungkin.

Pada pagi saya meninggalkan rumah di Kuala Lumpur untuk terbang ke Johor bagi mengadap di Istana Serene,isteri dan anak-anak saya telah berada dalam kebimbangan  dan berdoa untuk keselamatan saya.

Kami telah membuat laporan tentang peritiwa itu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri .Saya ingat peristiwa ini akan tengelam terus dalam lipatan sejarah tetapi berikutan dengan tragedi yang berlaku ke atas Gomez maka peristiwa keatas kami pada tahun1985 telah timbul dalam perbahasan Parlimen.Banyak lagi peistiwa lain yang didedahkan oleh akhbar-akhbar perdana masa itu.

Kami tidak dipaksa oleh Polis untuk membuat sebarang pengakuan mengenai peristiwa yang berlaku keatas kami tetapi melaporkannya  atas kerelaan sendiri.

Sesiapa yang telah mengalami sendiri tidak akan mengatakan Dr.Mahathir melakukan pindaan perlembagaan itu  untuk kepentingan dirinya mendapat kuasa penuh tetapi adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan mengekalkan penghormatan dan kemuliaan institusi raja.

Meningatkan kembali sejarah ini rakyat akan dapat menimbangkan sejauh mana kebenaran kata-kata TMJ  "This is how low the highest government’s leadership then is willing to go to have absolute power in this nation".

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :