AMBIGA MENGAMOK KAT ZAINUDIN MAIDIN KELING

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti menggunakan istilah ‘Keling’yang merujuk kepada kaum India di negara ini.
Beliau yang juga pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) berkata walaupun ia biasa digunakan di sesetengah negeri – seperti Kedah – dan tidak dianggap sebagai penghinaan, tetapi ia sesuatu yang tidak dapat diterima dalam konteks Malaysia hari ini.
“Istilah itu berakar dari kawasan Kalinga di India, tetapi di Malaysia hari ini ia dianggap penghinaan oleh masyarakat India.
“Justeru saya menggesa Mahathir agar tidak lagi menggunakan istilah itu,” katanya kepada portal pro DAP, Malaysiakini.
Dalam kritikannya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Mahathir pada Sabtu lalu berkata: “Saya nak guna perkataan Keling. Orang Keling kata, ‘podah’.”
Ia dikritik Bendahari MIC S Vell Paari yang menyifatkan Dr Mahathir sebagai bersifat perkauman, namun bekas perdana menteri itu berkata istilah itu biasa di Kedah.
“Itu bahasa kita (di Kedah) dan kita guna sejak kecil lagi, tiada masalah.
“Kawan ‘Keling’ saya tak pernah marah saya, kenapa MIC nak marah,” katanya kepada pemberita semalam.
Ketika Dr Mahathir membuat kenyataan serupa pada 2016, ia telah mencetuskan kemarahan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.


Pemimpin DAP itu berkata selaku bekas perdana menteri, Dr Mahathir sepatutnya tahu istilah itu menghina dan memperkecil masyarakat India di Malaysia
Zainudin yang dikritik kerana bahasa Inggeris yang sangat buruk semasa Menteri Penerangan tidak sependapat dengan Ambiga. Baca di malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :