PKR RASUAH, ANAK IKAN MAK LAMPIR KANTOI MENIPU!!!

Imej 'Suci' yang cuba dipamerkan oleh PKR sebelum ini nampak gayanya terus tercalar apabila Anak Ikan kepada Si Mak Lampir ni kantoi MENIPU dalam laporan yang dibuat kepada SPRM.


Dia dihadapkan enam tuduhan melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi dan 2.00 petang, 22 Februari.


Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mentua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.


Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Anak Ikan Si Mak Lampir itu didakwa memberi pernyataan palsu kepada dua pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Bagi pertuduhan ke-3 sehingga ke-6, Si Anak Ikan Mak Lampir itu dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucar tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.


Dakwaan kekayaan Anak Ikan Si Mak Lampir itu, pertama kali dibongkar oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, berhubung rumah banglo dua setengah tingkat yang separa siap di Kampung Melayu Ampang.

Subscribe to receive free email updates: