
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei, yang merupakan hari Rabu.
Keputusan mengadakan PRU14 pada hari Rabu telah mengundang kritikan netizen di laman sosial termasuk ahli-ahli politik.
Malah, ada yang turut menjadikan “Rabu” sebagai akronim “Rakyat Akan Buang Umno”.
Berikut merupakan beberapa komen dari laman sosial Facebook:
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan tarikh PRU14 itu berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.
“Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei,” katanya semasa mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU14 pada sidang akhbar khas yang turut disiarkan secara langsung di RTM, di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Pada PRU13 lepas, tempoh berkempen yang ditetapkan ialah selama 15 hari.
Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan 11 April.