UTUSAN MELAYU MEMASUKI ERA BARU SEMAKIN JAUH DARI PERJUANGAN LUHUR

Image result for photo Datuk Aziz Ishak Ketua Pengarang Utusan
Image result for pICTURE OF aZIZ iSHAK


Empat bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Dari Kiri Aziz Ishak,Johan Jaafar,Khalid Mohd dan Zainuddin Maidin


Apabila saya dilucutkan dari jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu pda November 1992,berapa orang pemberita Utusan yang berpontensi telah menemui saya dan mengikrakan sokongan untuk membantah tindakan ini.Antaranya ialah Saudara Aziz Ishak,Rozaid Abdul Rahman dan saya tidak ingat seorang dua lagi.Saya terharu dengan  perasaan mereka  kepada saya walaupun merekalah yang paling banyak menerima tekanan kerja dari saya.

Bagaimanapun  berasaskan pengalaman mogok Utusan Melayu perkerja-perkerja Utasan Melayu pada tahn 1961 kerana membantah pembuangan Pengarang Utuan Melayu ,Said Zahari pada tahun 1961 yang berakhir dengan trajidi ,saya mengingatkan mereka" Saudara-saudara masih muda dan masih mempunyai masa yang panjang untuk membina kehidupan.Saya telah puas menjadi wartawan dan telah sampai kepuncak." Saya  juga ingatkan mereka tentang mogok Utusan yang gagal kerana sumpah setia dalam perjuangan tidak seteguh kata.

Nasib baik mereka tidak mengikut perasaan.Jika tidak Aziz Ishak tidak akan menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dan Rozaid juga mungkin tidak jauh perjalanan di di dunia kewartawanan.Peristiwa ini juga mengajar saya agar jangan mengharapkan balasan budi  dari sesiapa yang saudara berbakti kepada mereka dan terimalah manusia dengan segala kelemahannya seperti kita sanggup menerima kelemahan kita.

Semasa saya menjadi Menteri Penerangan, Aziz sebagai Pengarang  banyak membantu saya dalam memberikan ruang kepada saya walaupun ada kalanya beliau mengambil risiko yang tinggi kerana Ketua Pengarangnya tidak suka dia berbuat demikian. Tetapi penilaiannya adalah berasaskan profesionalis dan bukan kerana saya bekas Ketua Pengarang.

Saya tidak pernah melupakan sikap baik dan kesetiaan   Aziz Ishak  ini sekalipun  saya  tidak senang dengan dasar berat sebelah dan bias Utusan terhadap parti pembangkang. Saya mengkritiknya secara tebuka denagn kesedaan dsarNajib yang tidak ompromise terhadap parti pembangkang.

Seperti  saya juga ,Aziz Ishak  mengumumkan perasarannya di Mingguan Malaysia hariini 22 Julai  setelah berkhidmat lebih 20 tahun  di Utusan dengan  MOHON UNDUR DIRI menerusi ruangan pujuk Awang Selamat  yang idenditinya tetap  kontroversi walaupun ketua pengarangnya sileh berganti. Awang selamat di tulis oleh Ketua Pengarang .

Bagaimanapun Aziz tidak beremosi seperti saya yang dalam Awang Selamat terakhir saya  di Mingguan Malaysia pada  1 November 1992  yang berpesan pada kawan-kawan:

Dari 1939 sampai kini
api ini tidak pernah mati
dimarakkan ganti berganti
dalam cahayanya anak -anak menari
satu tangan terbakar
sejuta tangan menggembangnya lebih erat lagi
maka keramatlah sebuah institusi
yang memahkotakan rakyat dari generasi ke genrasi.

Tanpa sedar Aziz Ishak dalam Awang Selamat terakhirnya  Mohon Undur Diri  di Mingguan Malaysia 22 Julai juga senada dengan dengan tulisan saya hampir 20 tahun lalu:
Katanya" Awang yakin rakan-rakan sekerja akan meneruskan perjuangan di institusi keramat bernama Utusan ini.Patah tubuh hilamg berganti.Awang mohon mngudur diri namun percayalah ubur akan terus menyala di hati."

Hampir seemua Ketua Pengarang Utusan Melayu telah meninggalkan Utusan Melayu dalam kontroversi dan tekanan tersembunyi. Jawatan saya berakhir secara mengejut pada 1 November  1992 kerana isu sensasi dan diambil alih  oleh Johan Jaafar  dari Dewan Bahasa dan bilan Johan terpaksa berhenti digantikan oleh Khalid Mohd atas  perakuan saya kepada Tun Dr. Mahathir yang dan bila Khalid Mohd berhenti, Aziz Ishak timbalannnya menggantikannya.

Menarik untuk diperhatikan  Pengarang Pertama dan penaja  Utusan Melayu Yusuf Ishak setelah disingkirkan  oleh UMNO   menjadi Presiden Singapura  Pertama,Pengarang Utusan Said Zahari yang mengetuai mogok Utusan  di penjara selama 17 tahun di Singapura kerana didakwa bersubahat dengan Indonesia , Johan Jaafar menjadi Pengerusi Media Prima Berhad  setelah Utusan Melayu.

Sepatah kata Pak Samad Ismail bekas Timbalan  Pengarang Utusan Melayu yang menanam  semangat nasionalisme dan sosialisme  kepada wartawan-wartawan Utusan Melayu dari generasi ke genarasi:

"Kebanyakan anak Utusan dahulu seperti merasakan mereka mempunyai kedududukan yang agak tinggi daripada orang biasa kerana mereka bertungkus -lumus memajukan utusan yang berupa sebuah syarikat Melayu tulen,

"Pada mereka Utusan melambangkan segala yang luhur,mulia dan suci daripada perjuangan bangsa.

" Sewaktu-waktu ego ini terpancar juga daam sikap dan tindak tanduk mereka manakala berhubung dengan orang di luar  Utusan,seolah-olah kebenaran dan hak berada di pihak Utusan,semata-mata kerana Utusan mempelopori perjuangan bangsa."

Apakah hal ini masih benar hingga sekarang,apakah ini yang tinggalkan oleh Aziz Ishak.

Pak Samad juga pernah berkata dia inga melihat anak-anak  Utusan Melayu seperti dahulu seperti beliau tidak mahu melihat anak-anaknya membesar.

Hanylah kenangan yang pedih.




Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :