Buruh Bakal Ke Tali Gantung Jika Sabit Kesalahan



SIBU: Seorang buruh berusia 36 tahun bakal berdepan dengan hukuman gantung jika didapati sabit kesalahan kerana memiliki dadah.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, lelaki berkenaan ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah seberat 118.74 gram di sebuah rumah di Pearl Avenue dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah IPD Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, dalam serbuan sekitar jam 9.25 malam itu di sebuah rumah, seorang lelaki berbangsa cina telah ditahan dan pihaknya merampas empat bungkusan plastik lutsinar yang masing-masing mengandungi pepejal kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis Amphetamine.

“Dadah berkenaan dengan berat kasar dianggar seberat 118.74 gram serta niilai pasaran dianggarkan RM15,000,” lapor akhbar tersebut.

Jelasnya, jika didapati bersalah suspek akan berdepan hukuman mati mandatori di tali gantung kerana memiliki dadah jenis Amphetamine atau syabu melebihi 50 gram.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952. -Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :