KUCHING: Kerajaan negeri sememangnya amat prihatin untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Dr Annuar Rapaee berkata, kerajaan telah menyediakan rumah untuk golongan tersebut melalui beberapa program yang diwujudkan kerajaan.
“Program kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan RM4,000 ke bawah adalah melalui pembinaan perumahan SPEKTRA Permata atau SPEKTRA Lite," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan dari Datuk Dr Juanda Jaya perancangan kerajaan untuk membantu golongan kelas sederhana di Matu dan Igan yang tidak layak mendapat rumah rakyat termiskin dan tidak dapat membina rumah sendiri kerana tidak memiliki tanah, tetapi mereka mampu membayar ansuran bulanan.-Sarawakiana