LIMBANG: Penjawat awam perlu melengkapkan diri bagi menempuh era ekonomi digital dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian agar mampu memberi perkhidmatan cemerlang.
Menurut Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, peranan penjawat awam di negeri ini semakin mencabar dalam menempuh era ekonomi digital.
"Perkhidmatan awam sedang dalam proses transformasi menuju ke arah perkhidmatan lebih cekap dan bertaraf dunia.
"Ia bertujuan menambah baik cara penyampaian kerajaan supaya mampu memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat," kata.
Majlis yang berlangsung buat kali ketiga tersebut bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada 360 penjawat awam berkhidmat penuh setia melibatkan 14 jabatan dan agensi kerajaan di bahagian ini sekali gus memberi sumbangan terhadap pembangunan negeri Sarawak. - Sarawakiana