KUCHING: Pemantauan projek pembangunan dan permasalahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok akan menjadi lebih mudah dengan jalinan terus antara Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Satok dan Pejabat Ketua Menteri menerusi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kesibukan beliau sebagai sebagai Ketua Menteri bukan penghalang untuk memantau kawasan dengan adanya kemudahan seperti itu.
Pada masa sama menurutnya, beliau juga akan dapat meluangkan masa untuk membantu mereka di kawasan terutama berkaitan pembangunan di bandar dan Satok khasnya.

"Dengan kemudahan komunikasi secara langsung, ia memudahkan saya menyelesaikan masalah utama yang dihadapi di kawasan terutama melibatkan pembangunan yang sedang dijalankan di Satok.
"Sebagai contoh, di Kampung Segedup dan Kampung Maong, kita akan bangunkan infrastruktur asas dalam masa tiga tahun ini dengan kawasan perumahan,"katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau akan melihat perkembangan bagaimana masyarakat di Satok khasnya Bumiputera dapat bekerjasama rapat dengan bukan Bumiputera.
"Ini kerana saya melihat kawasan tersebut membangun dengan pesat dimana keperluan Bumiputera dan bukan Bumiputera perlu diseimbangkan," ujarnya.
"Ini kerana saya melihat kawasan tersebut membangun dengan pesat dimana keperluan Bumiputera dan bukan Bumiputera perlu diseimbangkan," ujarnya.
Mengenai Pusat Khidmat DUN Satok, kerja-kerja pengubahsuaian pejabat baharu tersebut telah siap sepenuhnya pada April lalu dan mengambil masa hampir dua bulan dengan belanja RM200,000.
Pusat Khidmat baharu itu turut dilengkapi dengan sebuah bilik mesyuarat utama, ruang perbincangan, ruang sebaguna, ruang tamu dan sebuah pondok keselamatan.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua PBB Satok Ibrahim Baki, Ketua Pergerakan Wanita PBB Satok Datuk Dayang Madinah Abang Openg dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Satok Iskandar Sharkawi. - Sarawakiana