Perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Jabatan Peguam Negara.
“Perkara ini bila kita bawa berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mendapati tidak cukup keterangan untuk kita teruskan (dakwaan) di bawah Seksyen 302, sebab itu mahkamah membenarkan dia (suspek) dijamin bon mahkamah.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302, tetapi sama ada pertuduhan boleh dibuat atau tidak itu perkara kedua,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Pegawai-pegawai Aset Polis Diraja Malaysia (PRDM), di sini hari ini.
Di Kota Tinggi, semalam, Hakim Mahkamah Sesyen Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun itu dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.
Dalam pada itu, Khalid meminta ibu bapa dan guru untuk menyalurkan maklumat segera kepada polis jika mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam gengsterisme bagi mencegah aktiviti negatif itu daripada terus menular di sekolah.
Read More / Baca Lagi >>