Tiga logo yang dicadangkan bagi mewakili gabungan pembangkang pada pilihan raya akan datang menunjukkan ia tidak serius.
“Logo dan manifesto sama pentingnya dalam faktor penarik undi. Ia mencerminkan imej Pakatan di mata pengundi dan akan menunjukkan imej pemikiran Pakatan dalam perjuangan politik,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas pelbagai kritikan dan reaksi negatif selepas 3 cadangan logo yang disenarai pendek PH dimuat naik di Facebook baru-baru ini.
Dua daripada 3 logo itu menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya, masing-masing dengan latar belakang kuning dan merah.
Satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”.
Selepas dikritik hebat pengguna media sosial, gabungan itu semalam membuka peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan cadangan logo, yang dijangka akan dimuktamadkan dalam masa 2 minggu.
Read More / Baca Lagi >>