Lelaki Dibunuh Adik Ada Masalah Jantung


BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang maut selepas dikatakan dibunuh adiknya semalam, disahkan mengalami masalah jantung yang turut menjadi antara punca kematiannya. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mendapati mangsa turut mengalami serangan jantung. 

"Hasil bedah siasat mendapati saluran jantung mangsa menjadi sempit akibat pergelutan yang berlaku sehingga darah gagal dipam secara normal. 

"Selain itu, terdapat juga kesan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala mangsa akibat diserang suspek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam, seorang lelaki maut selepas dipercayai dihentak dengan alat pemadam api selepas mangsa dikatakan cuba melanggar adiknya dengan motosikal, sebelum berlaku pergelutan antara mereka. 

Suspek yang berusia 48 tahun, pagi tadi direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BHOnline

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :