Wang & Pangkat: Putus tahaluf tiada kaitan dengan pentadbiran negeri, dakwa Pas Selangor


Sallehen MukhyiKeputusan Pas untuk memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR  tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri tetapi hanya berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya yang akan datang, dakwa Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sallehen berkata keputusan menamatkan kerjasam politik dengan PKR juga bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Sabak itu juga mendakwa, Pas negeri 'teguh dan setia' bersama semua Menteri Besar yang diperkenankan Sultan Selangor sama ada ketika Selangor dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun Datuk Seri Mohammad Azmin Ali.
"Pas Selangor percaya bahawa kesetiaan dan keyakinan terhadap pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk mempastikan kestabilan politik dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama keprcayaan rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Beliau menambah, tiga Exco dan 10 wakil rakyat Pas negeri akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka.
"Apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya," ujar beliau.
Pas katanya akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :