Itu je yang mampu dihasilkan oleh puak Pakatan Haprak tu? Takkan setakat tulisan itu sahaja yang boleh dihidangkan kepada rakyat sedangkan dana nak buat logo tu pun makan ratus ribu.
Padan la Si Tipah Kotak tu sendiri sebelum ini pernah tampil memperlekehkan usaha Rafizi menghasilkan logo puak Pakatan Haprak tu. Hasilnya sama taraf dengan budak sekolah tadika.
Kata Si Tipah Koyak, Si Rafizi tu hanya menghabiskan peruntukan dana yang diterima melalui sumbangan secara umum bagi menghasilkan logo yang sama taraf dengan Sampah.
Dalam satu kenyataan lain, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula membuat dakwaan logo yang dihasilkan oleh Pakatan itu hanya sekadar membuat masa sahaja.
Dia yang juga turut dikenali sebagai Si Chagubard tu berkata, kemungkinan besar logo bertulis ‘Harapan’ berwarna merah itu akan ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) mentah-mentah.
“Mesyuarat panjang rupanya nak umum logo. Ermm ini kerja buang masa sebab PH tak akan lulus sebab di Sabah dah ada parti nama Harapan Rakyat dibuka oleh Lajim Ukimn dan Parti Harapan Malaysia sudah dihantar oleh Zamil Ibrahim kepada ROS jauh lebih awal,” ujarnya dalam status media sosialnya malam tadi.
Tambah Chagubard itu lagi, orang bodoh pun boleh fikir ROS akan menolak logo tersebut kerana ada nama Harapan yang sudah digunakan oleh parti lain yang telah didaftarkan sebelum ini.
“Sama ada depa ini bebal tak paham atau nak tipu diri sendiri, lepas ni gaduh kata ROS tak lulus tapi buat kerja sia-sia,” ujarnya.
Dalam erti kata mudahnya, logo Pakatan Haprak yang diumumkan semalam hanya sekadar 'Hiasan Luaran' mereka bagi mengaburi mata rakyat untuk melepaskan 'Batuk Ditangga' semata - mata. Buat logo pun diorang tak serius, macam mana diorang nak memerintah!!!