Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan tindakan PAS yang telah mengadakan Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya parti itu di Parlimen Permatang Pauh pada 16 Julai yang lalu.
Naib Presiden PKR, Tian Chuak berkata, program PAS itu merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan PKR dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan reformasi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.
“Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi PKR sebanyak enam kali dalam PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK). Sudah tentu PKR sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
PAS dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan bahawa parti itu bersedia untuk merampas kembali Parlimen Permatang Pauh ekoran terputusnya hubungan kerjasama dengan PKR.
PAS mendakwa, Anwar Ibrahim yang menyertai UMNO pada tahun 1981 telah dipergunakan oleh Tun Mahathir untuk merampas kerusi Parlimen tersebut daripada parti mereka.
PAS mendakwa, Anwar Ibrahim yang menyertai UMNO pada tahun 1981 telah dipergunakan oleh Tun Mahathir untuk merampas kerusi Parlimen tersebut daripada parti mereka.
"Sekarang sudah tiba masanya untuk PAS rampas semula kerusi parlimen tersebut, selepas Pas tiada lagi hubungan dengan PKR," kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki.Dalam pada masa yang sama, Tian Chuak juga turut berkata, pendirian yang dibuat oleh PAS itu akan dipandang seolah - olah parti - parti pembangkang sedang bertengkaran sesama sendiri.
Katanya, sikap PAS itu bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian dari pihak pembangkang yang ingin mengalahkan UMNO dan BN dalam PRU-14.
“Sekiranya PAS bersungguh-sungguh menentang UMNO BN, kepimpinan PAS harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran parti PKR,” katanya.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada ketika ini disandang oleh Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang juga merupakan isteri kepada Si Ketua Penipu yang kini sedang meringkuk dalam penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya sendiri!!!