Menurut notis usul yang diterbitkan pada Rabu, EDM mengenai 1MDB diletakkan sebagai perkara No. 212 dan kini mempunyai satu penyokong.
EDM iaitu cadangan usul yang diserahkan tanpa sebarang tarikh ditetapkan, dibuat Ahli Parlimen Parti Buruh Welsh Ann Clwyd, yang mewakili Lembah Cynon.
"Dewan ini bimbang mengenai tuduhan penyalahgunaan bermilion dolar daripada 1MDB, sebuah firma pelaburan milik negara yang bertujuan mempromosikan pembangunan ekonomi di Malaysia, termasuk Perdana Menteri Malaysia Najib Razak," kata Clywyd dalam EDM.