
Beliau berkata, pentadbirannya menjalin ikatan baharu dan “mengukuhkan hubungan dengan sahabat lama yang lain”, sereta tidak lagi “bercakap mengenai pertengkaran dahulu”.
Najib memetik pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini, di mana mereka menandatangani beberapa perjanjian untuk membangunkan projek bersama susulan pemindahan tanah kereta api milik Malaysia di negara itu.
Najib sering mengkritik Dr Mahathir tanpa menamakannya, selain membidas pembangkang.
Dalam perutusan tahun 2018, Najib membangkitkan “kesilapan lalu” dan seorang lelaki dengan “keinginan dinasti mementingkan diri” untuk menggulingkan kerajaan dan memenuhi impian anaknya, dalam apa yang dipercayai merujuk kepada tuduhan biasa dilemparkan kepada pengerusi Pakatan Harapan itu.
Najib berkata, kerajaannya akan memastikan “kapitalisme kroni” dahulu tidak berulang.
“Kami sedang menginstitusikan fokus baharu dalam tadbir urus korporat digabungkan dengan pengawasan ekonomi kukuh,” katanya.