
Sabitan bersalah dan hukuman penjara 30 bulan terhadap Ahli Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad semalam, disifatkan oleh Presiden PKR Datuk SeriWan Azizah kerajaan menghantar satu mesej yang salah kepada rakyat dan dunia mengenai pemberi maklumat (‘whistleblower’).
Beliau berkata, Rafizi beberapa tahun lalu telah menggemparkan negara dengan maklumat salah laku dan penyelewengan wang rakyat melalui projek National Feedlot Corporation (NFC).
Namun, hingga kini, belum ada sebarang sabitan atau hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan skandal besar NFC ini.
“Ini adalah satu hipokrisi, di mana mereka yang berjuang demi rakyat dan keadilan dizalimi.
Manakala mereka yang menghabiskan wang rakyat terus bebas dan langsung tidak dikenakan apa-apa tindakan.
“Rakyat sedang memerhati dan menilai tindak-tanduk pemerintah. Keputusan terhadap Rafizi dan Johari ini adalah satu kezaliman yang nyata.
“Kita perlukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersama dalam perjuangan melawan kezaliman dan menegakkan keadilan buat Rafizi, Johari dan semua yang dizalimi di bumi tercinta ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Radizi dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), enam tahun lalu, dan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan sehingga proses rayuan selesai sepenuhnya.
Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman sama terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi .
Rafizi, 41, didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.