"Kami memang ada menasihati kerajaan negeri bahawa kami mengesyaki kejadian ini berleluasa.
"Sekarang ini, saya ingin mencabar kerajaan negeri supaya menyahut cabaran kami agar menyokong saranan kami untuk mengulas dasar kerajaan berkenaan pengambilan pekerja asing dan menguatkuasakan kawalan lebih ketat ke atas pengambilan pekerja dari negara China untuk projek-projek tempatan.
"Ini baru isu berkenaan pekerja bagi projek Forest City. Bagaimana pula projek mega lain yang dikendalikan pihak dari negara China?" katanya dalam satu kenyataan
Tariq berkata China, melalui strateginya "One Belt, One Road" akan menghubungkan negara China dengan terus, merangkumi seluruh Asia Tenggara.
Beliau menambah bahawa harus juga diambil kira bahawa China adalah negara berideologi Sosialis/Komunis.
"Di sini kita harus bertanya, apakah ideologi negara Malaysia?" katanya.
Beliau menegaskan tentang perlunya bagi Malaysia untuk mengimbangi unsur-unsur sedemikian.
"Kita harus ingat, negara yang tergadai akan melupuskan maruah kita semua.
"Jangan kita terlalu ghairah mengayakan pihak tertentu, jika akhirnya kita akan kepapaan maruah kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>