Kelantan: AMANAH gempur DUN, BERSATU tumpu parlimen

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan memimpin jentera Pakatan Harapan dalam misi merampas Kelantan daripada PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) pula diberi tugas merobek kerusi-kerusi parlimen bagi menambahkan bilangan anggota Dewan Rakyat gabungan utama pembangkang itu.
Sumber-sumber dalaman HARAPAN Kelantan memberitahu Malaysiakini bahawa AMANAH, di bawah pimpinan Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah bakal bertanding di 32 daripada 45 kerusi DUN.
Sebagai parti serpihan PAS, AMANAH dilihat mempunyai peluang terbaik untuk menarik pengundi PAS dan pengundi atas pagar walaupun penubuhannya masih baru.
Tambahan lagi, menurut sumber, pemimpin kanannya Datuk Seri Husam Musa pernah berada berada dalam kerajaan negeri ketika pentadbiran ikon PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "AMANAH diberi kepercayaan untuk menggempur majoriti kerusi DUN khususnya kerusi kritikal dan potensi PAS untuk menarik pengaruh pengundi atas pagar serta ahli PAS yang dilihat mampu memecahkan undi calon PAS dan BN.
"Kerusi itu melibatkan kawasan yang dimenangi PAS sebelum ini dengan majoriti kecil atau PAS tewas dengan majoriti tipis," kata sumber yang namanya enggan direkodkan.
Pertembungan tiga penjuru
Antara kawasan kritikal dan berpotensi PAS tersebut seperti DUN Jelawat, Wakaf Bharu, Air Lanas, Selising dan Semerak, dengan harapan pertembungan tiga penjuru dengan BN akan berpihak kepada calon mereka.
Di DUN Jelawat contohnya dimenangi PAS pada pilihan raya lalu dengan majoriti 102 undi; Wakaf Bharu dengan 978 undi atau kawasan PAS tewas tipis seperti di Air Lanas yang dimenangi BN dengan majoriti 47 undi.
Sementara itu, PKR Kelantan pula dilihat akan diberi tanggungjawab bertanding di enam kerusi DUN, tambahan dua kerusi di samping empat yang ditandingi sebelum ini – Pengkalan Kubor, Kuala Balah, Guchil dan Nenggiri.
BERSATU dijangka bertanding di lima kerusi manakala DAP berharap diberi peluang bertapak di Kelantan di dua kerusi, iaitu Kota Lama dan Galas, selepas lama tidak bertanding di negeri itu.
Bagaimanapun, menurut sumber, peluang DAP untuk mendapatkan kerusi itu masih 50-50 setakat laporan ini ditulis.
Selain HARAPAN, PAS dan BN, Kota Lama turut bakal menyaksikan penyertaan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sudah menyatakan minat mereka.
BERSATU dapat parlimen luar bandar
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :